Thursday, April 29, 2010

Seni Kulinari

Pada asasnya seni kulinari ini nampak seperti susah. Tanam dalam pemikiran bahawa memasak adalah suatu perkara yang mudah dan boleh di sediakan hari-hari dengan menu yang berbeza. Sifat terlalu memikirkan sesuatu/detail dalam pencampuran bahan dalam masakan adalah punca kerja-kerja memasak jadi lambat dan hilang mood. Jadi marilah kita berubah. Kalau sukat bahan ramuan seperti gula, garam, kicap, cili dan sebagainya ;biasakan diri dengan teknik mengagak.. tak perlu sukat betul-betul (tegok jenis masakan) - Jika kek sukatan kena tepat.
Bila orang tengok anda memasak pon cepat, automatik dia pikay anda seorang yang cekap memasak... rasa tak tahu lagi..hihihikk. Tak kira lah perempuan atau lelaki, memasak itu perlu; jadi tak jadi isu mengatakan lelaki tak perlu belajar memasak. Jangan bersifat ego bro, sebab paling tidak kita semua mesti pernah memasak betul tak? Masak air, meggi kew.. Dulu pening jugak saya memikirkan perkara ini.. sebab takut orang pandang lain kat kita.Sekarang tidak lagi.
Masuk pulak bab ukiran. Ukiran terbahagi pada banyak ketegori dalam kulinari. Ada ukiran buah-buahan, ais, sabun dan sebagainya. Saya kerap mengukir buah-buahan kerana senang nak dapat stok. Tahap pengukir juga perlu di kelaskan..
1. Tahap permulaan - basic ( baru nak belajar mengukir)
2. Tahap pertengahan - boleh mengukir semua ukiran asas dan ukiran mereka agak kasar
3. Tahap advance - ukiran yang dihasilkan sangat detail dan halus
Kadar kecekapan dan masa yang diperlukan untuk mahir mengukir juga mengikut pelajar atau individu itu sendiri. Seseorang yang mempunyai asas seni dan bakat semula jadi mungkin cepat pandai jika dibandingkan dengan mereka yang "0'' - tak tahu apa-apa. Jangan kecewa kerana setiap insan diciptakan tuhan boleh berjaya sekiranya berusaha dan tidak berputus asa. Jadi rajin-rajin lah mengukir buah di rumah. Biar penoh laman dapor dengan buah... hihihi
Saya akan meningkatkan mutu video saya selepas ini dan sekiranya tidak makan modal, saya akan memberi kepada anda secara percuma.. jika makan modal , terpaksa lah anda bayar. Banyak benda di dalam dunia nih jarang yang free, tapi saya akan berusaha untuk kearah free..
Keikhlasan itu penting untuk berjaya..

SELAMAT MAJU JAYA

5 comments:

  1. en azhar..... pandai nyer awak menukir buah..... nak belajar boleh.....

    ReplyDelete
  2. Boleh seksangat.. saya suker ajar orang.
    Arap2 orang pon suker blajar ngan sayer..
    hihihik

    ReplyDelete
  3. Salam alaik... Saya minat sgt nak ambil kursus bidang masakan ni.tapi saya kerja kerajaan. Saya cari jugak peluang study separuh masa dlm bidang pastri/seni kulinari tapi setakat ni tak jumpa. Ada maklumat tak? Thank you!
    Mazleen- alor star

    ReplyDelete
  4. salam en. azhar... boleh terangkan kos tersebut
    1. dip kulinari art
    2. Patisserie
    3. penyediaan makanan
    4. Foundation skills in hospitality

    Mana bidang yang bagus utk diceburi? kalau dip kulinari art ni ade belajar memasak gak ke? saya nak masukkan anak buah dalam bidang ni.. anak buah saya ni minat bidang masakan... mohon pencerahan

    ReplyDelete